suka dukaku menjadi seorang isteri dan guru...menghadapi karenah duniawi dan cabarn yang harus ku tempuhi...

Thursday, February 2, 2017

SEJARAH PENUBUHAN NAJLAA BABY SKINCARE

SEJARAH PENUBUHAN NAJLAA BABY SKINCARE

Setiap produk ada sejarahnya... dan Najlaa ini asalnya produk bayi yg dihasilkan utk anak-anak saya sendiri.
.

Simbolik perjuangan seorang ibu.
Kisahnya begini, pada 2011 anak sulung saya lahir dan terkena sawan tangis yg serius, menangis teruk kuat kuat dari jam 8.00mlm sehingga 8.00pagi esoknya. Selama 2 bulan.
.

Bayangkan... Letih ya Tuhan. Dalam tempoh 2 bulan ini saya bertemu bermacam-macam pengamal perubatan utk merawat Najlaa. Saya belajar bermacam-macam ilmu dgn mereka...terutamanya tentang RUQYAH... since sawan tangis ni gangguan syaitan.
.

Belajar buat minyak angin yg di Ruqyah...itu lah terhasil nya Herbal Oil hari ni. Sheikh yg mengajar saya buat minyak angin menggunakan herba serta RUQYAH ni dikenali sebagai... Sheikh Amin, manusia berakhlak mulia yg tidak menerima wang sebagai upah dlm merawat org sakit.

" saya bimbang jika saya menerima wang ini... Hati saya sakit dgn cinta kpd dunia...Lalu menjauhkan saya dari Allah"

Hebatkan...org2 yg Allah takdirkan menemani perjalanan wujudnya NajLaa Baby Skincare. Mentor kita...😍😍😍
.

Seterusnya, seusia 3 bulan Najlaa eczema. Saya masa tuu tak tahu... Cream eczema yg saya gunakan Steroid... Kulit Najlaa jadi nipis. Bila tanya Doktor ...baru saya sedar tuu
steroid.
.

Saya ni dietitian atau pakar pemakanan. Jadinya saya tahu...nutrien vitamin yg boleh digunakan utk merawat Eczema atau sakit-sakit kulit. Tapi camne nak tonyoh nutrien vitamin ni ke kulit... Ambik buah sayur tonyoh ke guane. Bau hanyir budak tuu
.

Itu saya fikir... Saya kena tahu camne nak buat CREAM. Saya rujuk sana sini utk buat cream...tapi tak beberapa nak jadi elok. Lalu saya bertekad...menghabiskan ribuan ringgit belajar KOSMETIK dgn pakar kosmetik dunia Prof. Dr Rigano. Saya masih ingat...soalan Prof:

"What dietitian do in my class?"
"I do not come here as dietitian... I come here as a mother... My doter has eczema... I want to make natural cream to treat her eczema"
.

Kawan2 dlm class saya tuu...drp jenama2 besar spt Loreal, Hovid dan sebagainya. Alhamdulillah diorang byk tolong terang what do and dont to produce natural produk.
.

Balm Najlaa produk paling popular... Dihasilkan utk adik Najlaa iaitu Uwais Al Qarni. Uwais dijangkiti batuk selsema pada usia 3 bulan sehingga di masukkan ke hospital. Saya memang tak tabah tgok prosedur buang kahak. Allahu ... Tgok wire dimasukkan kot hidung...sedut kahak...ada darah lg dlm wire tu. Nangisss saya... tahu Uwais sakit... tapi tak dapat tolong... Mampu teriak sama je hu hu

Malam hari bila Uwais tidur...Saya study herba-herba utk batuk selsema... Kumpul herba dan buat balm utk Uwais. Maka terhasil lah Baby Balm seperti hari ni. Itu lah kali terakhir anak- anak saya menghuni hospital...Alhamdulillah
.

Produk Najlaa bukan produk yg sengaja kita ada-adakan utk business bagi mengaut keuntungan. Produk Najlaa wujud kerna Cinta seorang ibu... Perjuangan luar biasa,atas izin Allah jua.

Sebab tuu matlamat Najlaa Baby Skincare dan team members Najlaa pun luar biasa. Kami pasukkan naga bersisek emas... yang terbang tinggi membawa harapan untuk kanak2.

Itu lah SEJARAH NajLaa Baby Skincare. Produk Homemade oleh seorang Ibu yg juga merangkap sebagai Dietitian dan Cosmetic Formulator.

Gee Alma( Pengasas Najlaa Baby skincare)

Friday, February 8, 2013

dah 31 tahun

rasa-rasanya baru aku post harilahir aku yang ke 29 tahun..yeay n skang dah 31 tahun.. 2 tahun dah berlalu n try to concentrate nak siyes tulis blog..
hajat masa birthday 29 ari tu ..aku nk baby ..alhamdulillah dapat baby boy yg sudah berusia 7 bulan..nama diberi Muhamad Rayqal Wafiyy Bin Razive
kedua nak pindah sabah..yeay dapat pindah sudah..skang mengajar kat SMK Sungai Damit, Tamparuli Sabah.. and last sekali nak beli rumah..yeay lagi ..dah beli rumah Kat HM tamparuli.. Semua kurniaan Allah adalah yang terhebat..aku bersyukur Ya Allah

Tuesday, October 11, 2011

Nur afizah


kawan baik aku yang aku kenali masa belajar KPLI (kursus perguruan lepasan Ijazah) 2008 -2010 di Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik, Cheras Kuala Lumpur. Seorang yang periang, bersungguh , berjiwa besar dan rakan pendamping sepanjang pengajian ...huhu banyak kenangan giler yang aku buat ngan fiza.. 

Friday, October 7, 2011

missing me

opss dah lama tak menulis...aku dah mengalami fasa-fasa masa yang tidak menggembirakan...terlalu banyak perkara berlaku dari februari hingga oktober...harap dapat luahkan...wait

Tuesday, February 1, 2011

selamat hari lahir ....to me ( Thank U Allah)

hari ni ulangtahun ku yang ke 29 tahun...yippi... syoknyer rasa..alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk hidup lagi...Ya Allah, aku bersyukur sangat, kerana diusia yang ke 29 aku dah ada ;
-kerjaya sebagai guru
-keta comel warna merah Myviku
-suami yang super juicy n penyayang ( love u Mr. Razive)..

terima kasih kepada Puan Sidah Bt Aizam kerana menjadi ibu terbaik dan En. Mohd Hashim B. Abdul Samad kerana memberi support dari kecil hingga dewasa. Alhamdulillah terima kasih buat adik tersayang nyah n ajib kerana pagi tadi korang campakkan bedak ke muka ku sempena yg ke 29..well, I tak marah, today is my day... buat suami tersayang menjadi orang pertama wish my birthday pukul 12 tgh malam...ye la, karang merajuk pulak bini. buat teman-teman dan saudara-mara yang mngucapkan ucapan harilahir di facebook...terimakasih semua...
Zima bagi kek keju dari KLCC tau..yummy..


apa yang aku nak, aku inginkan lagi di usia 29thn seterusnya:

1) baby (tengah berusaha...chayok)
2) berpindah ke sisi suami tercinta di Sabah
3) membeli hartanah spt Rumah n Tanah

Ya Allah, kabulkan hajat kerdil hambaMu ini, aku bermunajat padaMu ya Allah

Sunday, January 16, 2011

Demam Rindu

Hari ni dah masuk hari ke-4 aku demam...skang ada dirumah mentua..sayang mak ...mak mentua aku mmg sporting, cool n, loving n caring..muah2...dialah yg menjaga aku selama 2 hari ni...punyer la x sangka aku leh jatuh sakit iaitu batuk + selsema = demam

semua ni berpunca dari keazaman aku yang kuat berlari bersama pelajar-pelajar aku training merentas desa petang rabu yang lalu...huhu korang punya pasal...cikgu lak yang demam ( x baik la salahkan student)... hmmm sebenarnya aku demam rindu, setelah 2 minggu berjauhan dari mr.razive , ni lah akibatnya...wanita zaman skang bukan macam wanita dulu2...terus ikut kemana suami bertugas..wanita skang dihimpit dengan tuntutan kerjaya ..terpaksalah PJJ (percintaan jarak jauh)..
buat suamiku , bersabarlah menempuhi semua ni.. love u

Monday, December 27, 2010

pemergian sahabat baik, Azimah


Tanggal 26 December 2010 tak mudah untuk aku lupakan, sahabat baik persis organ2 di jiwa pergi ke sisi PenciptaNya, Allah swt. Siapa sangka dalam usia masih muda 28 tahun, masih perawan lagi, disayangi oleh Allah lebih dari segala-galanya. Aku terlewat mendapat berita kematian Imah, pagi itu aku masih berada di Sabah bersama suami tercinta.. handset aku mati bateri, lalu aku caskan dalam keadaan off. Dikala kesunyian dari bunyi handset ,aku sibuk melayan facebook yg hanya mengisi waktu...rupa-rupanya Kak Midah, rakan yang sentiasa mengambil berat bertubi-tubi menelefon aku. Pukul 1.30tgh aku membuka handset aku, alangkah terkedu dan terkejut apabila mendapat mesej yang mengatakan..."Atun, imah dah xdak. Kami cal hang xdapat.." Terus aku menangis, apakan daya aku tak mampu untuk terus mendapatkanmu Imah...maafkan aku teman. Semoga Allah tempatkanmu dalam golongan ahli syurga, Amin


Imah yang aku kenali seorang yang manja, sedikit perengus tapi seorang dedikasi dalam malaksanakan tugas yang diberikan. Aku yang sedikit nakal suka membuat Imah merajuk...alah Imah , itupun nak merajuk..pasti Imah jawab;'macam hang tak knal aku, hang kan dah kawan aku lama.. Aku membalas, yala- yala, aku salah.. Begitulah setiap kali sekiranya aku mulakan pergaduhan kecil...Hakikatnya aku rasa sangat bersalah, kenapa aku suka bagi ko merajuk..Aku maafkan segala yang salah darimu Imah..aku harap ko sempat maafkan aku...warggghhhhh