Menjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. Ada yang mengamalkan 44 hari berpantang, 100 hari berpantang. Ini panduan jadual berpantang secara traditional buat ibu-ibu, terutamanya yang terpaksa berpantang sendirian.
7.30 PAGI
Penjaga: Jerangkan rebusan air daun-daun herba untuk mandian.
Ibu: Susukan bayi atau pum susu supaya penjaga boleh berikan pada bayi ketika ibu berurut/mandi
7.45 PAGI
Bertangas selama 15-20minit .
Caranya mudah sahaja. Periuk yang mengandungi air rebusan daun-daun herba terdiri daripada daun sirih, daun jambu batu, daun pandan, daun serai wangi, daun seringan, daun lengkuas akan diletakkan di bawah kerusi berongga dan kemudian ditutupkan dengan kain.
RAMUAN LAIN:
Sesetengah orang mengamalkan bertangas menggunakan campuran asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia, manjakani.
8.00 PAGI
Selesai bertangas, air rebusan tadi akan dicurahkan ke dalam besen dan dicampurkan dengan air paip sehingga suam-suam. Mandi bersihkan diri, elakkan mandi basah kepala.
8.20 PAGI
Bertungku. Selesai mandi, keringkan badan dan mula bertungku di kawasan perut dan dibelakang bahu.
Tungku panas hendaklah dibalut daun mengkudu. Sebelum bertungku sapukan dengan Herbal Oil Najlaauntuk cepat pulihkan urat.
8. 40 PAGI
1. Berurut. Biasanya mula berurut bada hari ke-6, dilakukan 7 hari berturut-turut. Kemudian pada hari ke-36, akan dilakukan “Selapan” iaitu urutan sengkak rahim.Untuk urutan badan ibu boleh gunakancampuran Herbal Oil Najlaa dan Essential Oil Najlaa. Herba herba didalam minyak cepat memulihkan kesihatan ibu dan wangian essential oil bagaikan terapi.
2. Selesai berurut, sapukan perut dengan campuran kapur sirih dan perahan limau, pakaikan bengkung.
3. Kemudian sapukan param dan pilis. Jika ibu merasa rimas dgn param dan pilis, boleh sahaja gantikan dengan Baby Balm Najlaa, sangat berkesan untuk elakkan ubun ubun di masuki angin dan bagus untuk membuang angin badan.
4. Sentiasa berstokin ketat untuk elak angin masuk. sapukanHerbal Oil atau Baby Balm Najlaa dahulu untuk pulihkan urat.
5. Pakai baju lengan panjang, rambut diikat bunjut.
9.30 PAGI
Sarapan. Air kopi O dan roti putih/biskut kering.
Penjaga mandikan dan siapkan bayi pula.
10.00 PAGI
Ibu rehatkan diri.
TIPS:
· Duduk bersimpuh. Kaki tidak boleh dibuka luas
· Sewaktu berbaring jgn alihkan badan kekiri dan kekanan sesuka hati
· Elakkan bergerak cergas dan mangangkat benda berat
AMALAN:
Amalkan minum air rebusan akar kayu, air rebusan halia dan lada hitam, lagi mudah gunakan jamu bersalin dan rebus manjakani ,minum airnya. Buah manjakani sgt berkhasiat untuk memulihkan otot dalaman faraj, mengawal lender, mengecutkan tisu.
12.30
TENGAHARI
Lunch. Ambil nasi sekepal panas.
AIR: Elakkan minum banyak air, akan menyebabkan peranakan lambat bercantum.
Ambil air suam. Dilarang keras minum minuman berAis
MAKANAN: Elakkan sayur dan buah-buahan sejuk spt jambu batu, kekacang, nenas, tumbuhan menjalar, nangka, labu, kobis, tembikai dan nasi sejuk.
Elakkan makanan gatal spt makanan laut, telur, dan ayam, daging. Digalakkan makan lada hitam, halia, sup, kunyit dan ikan, elakkan ambil ikan berbisa atau gatal.
4.30 PTG
Penjaga: Jerang air mandian dan panaskan tungku.
Ibu: Susukan bayi atau pump susu
5.15 PTG
Bertangas dan mandi petang
5.45 PTG
Bertungku di perut dan belakang bahu
6.00 PTG
Berbekung, pilis pakai semasa hendak tidur atau guna saja Baby Balm Najlaa
6. 30 PTG
Dinner. Kalau boleh makan sebelum maghrib.
8.30 MLM
Supper. Kalau lapar ambil Kopi O/ Milo panas dan roti putih atau biskut kering
10.00 MLM
Tidur. Tinggikan bantal 3-4 biji. Jangan lupa sapukanBaby Balm NajLaa di kaki dahulu dan berstokin ketat
No comments:
Post a Comment