Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Kedudukan perkahwinan dalam Islam
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan
- cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.melalui ini perzinan .liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.
- Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
- Memelihara kesucian diri
- Melaksanakan tuntutan syariat
- Menjaga keturunan
- Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
- Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
- Dapat mengeratkan silaturahim
Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-ciri bakal suami
- beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
- beriman & solehah
- rupa paras yang cantik dan elok
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- masih dara
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
Dah tahu tentang hukum-hukum perkahwinan , tujuan berkahwin...persoalannya adakah aku bersedia...baru habiskan latihan praktikum yang membelenggu diri dalam tiga bulan ini iaitu seawal Februari sehingga hari ini. Mampukah aku memikul tanggungjawab seorang isteri....
hmmmm sebelum itu kita kena buat checklist untuk majlis perkahwinan nanti...
perkara pertama konsep perkahwinan ...banyak gambar-gambar yang boleh dijadikan rujukan.
suka dengan blog ni, http://hijabstyle.blogspot.com. memaparkan gaya pengantin muslimah dengan pemakaian gaun putih...mmg superb
nak jadi Raja Sehari....suka? pasti ramai tersenyum lebar biler membayangkan saat disatukan dengan buah hati tersayang....kan..kan..kan..
tapi sebelum disatukan..kenalah merancang majlis perkahwinan...sama ada nak majlis sederhana ke, meriahke...semuanya mestilah dirancang
pelbagai perkara harus diambil kira dan dirancang dengan teliti.. pertolongan dari sahabat dan keluarga amat penting dalam merancang majlis bahagia itu.. cuba semak diri sama ada aku @ anda seorang bakal raja sehari yang ter'tekan'...
tidaakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
- Anda mudah menangis dan marah secara tiba-tiba sekiranya ada perkara yang gagal mengikut kehendak anda. Jika ini terjadi, anda disarankan supaya lebih tenang agar anda tidak mengalami tekanan perasaan.
- anda terlalu memikirkan setiap perkara untuk majlis perkahwinan anda, walaupun ia hanya perkara kecil. Contohnya anda terlewat sedikit menghantar kad undangan majlis untuk teman-teman rapat. Cara yang terbaik untuk anda meredakan rasa gelisah dihati anda adalah dengan memikirkan perkara lebih penting dalam majlis perkahwinan anda ataupun menelefon rakan-rakan untuk memastikan kehadiran mereka.
- sentiasa bercerita tentang perkahwinan walaupun tiada siapa yang ingin mendengar kerana anda telah berulang-ulang kali menceritakan perkara yang sama. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku , minta pandangan atau nasihat daripada mereka. Pasti rakan anda menghargai dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman.
- Selalu bertanya kerana anda tidak mempercayai rakan atau ahli keluarga anda dalam merancang majlis anda. Jika anda melakukan perbuatan ini, tentu keluarga ataupun rakan-rakan tidak mahu membantu dan berkecil hati dan akhirnya anda akan rasa lebih tertekan. Untuk mengelakkan perkara ini, yakinlah dengan kemampuan keluarga dan rakan-rakan anda. Mereka juga inginkan yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda.
- Selalu menukar perancangan dan menambah perancangan di saat-saat akhir dan hal ini membuatkan anda tertekan kerana banyak tambahan yang perlu anda uruskan. Untuk menghindari perkara ini, anda dinasihatkan mengikut perancangan yang ditetapkan.
- Anda sukar memberi keputusan dalam sesuatu perkara kerana anda 'mengimpikan' perkahwinan yang hebat dan tidak sesuai dengan bajet anda. yang perlu anda lakukan adalah dengan mengadakan majlis perkahwinan mengikut kemampuan dan keselesaan anda.
- Anda selalu berselisih pendapat dengan tunang apabila berbincang tentang majlis perkahwinan anda. Perkara ini menyebabkan anda lebih tertekan. sebagai wanita, anda perlu memahami sifat lelaki yang ringkas. dan anda perlu bertolak ansur dengan tunang anda.
yang ni chantek tak? bagi aku mmg sangat menarik dan mekap pun perfect. hmmmm...penting gak ada sumber-sumber rujukan ni...
so, banyak gambar baju pengantin yang cantik2...tapi sebagai seorang muslimah kita kenalah pakai tudung untuk sempurnakan aurat kiter...
susah kan jadik ladies ni....pening nak cari tema lah, baju yang sesuai lah...nak kena kuruskan badan lah...remeh betul....
ni ada gambar lagi yang aku dapat hasil dari membuka laman-laman yang lain