suka dukaku menjadi seorang isteri dan guru...menghadapi karenah duniawi dan cabarn yang harus ku tempuhi...

Monday, December 27, 2010

pemergian sahabat baik, Azimah


Tanggal 26 December 2010 tak mudah untuk aku lupakan, sahabat baik persis organ2 di jiwa pergi ke sisi PenciptaNya, Allah swt. Siapa sangka dalam usia masih muda 28 tahun, masih perawan lagi, disayangi oleh Allah lebih dari segala-galanya. Aku terlewat mendapat berita kematian Imah, pagi itu aku masih berada di Sabah bersama suami tercinta.. handset aku mati bateri, lalu aku caskan dalam keadaan off. Dikala kesunyian dari bunyi handset ,aku sibuk melayan facebook yg hanya mengisi waktu...rupa-rupanya Kak Midah, rakan yang sentiasa mengambil berat bertubi-tubi menelefon aku. Pukul 1.30tgh aku membuka handset aku, alangkah terkedu dan terkejut apabila mendapat mesej yang mengatakan..."Atun, imah dah xdak. Kami cal hang xdapat.." Terus aku menangis, apakan daya aku tak mampu untuk terus mendapatkanmu Imah...maafkan aku teman. Semoga Allah tempatkanmu dalam golongan ahli syurga, Amin


Imah yang aku kenali seorang yang manja, sedikit perengus tapi seorang dedikasi dalam malaksanakan tugas yang diberikan. Aku yang sedikit nakal suka membuat Imah merajuk...alah Imah , itupun nak merajuk..pasti Imah jawab;'macam hang tak knal aku, hang kan dah kawan aku lama.. Aku membalas, yala- yala, aku salah.. Begitulah setiap kali sekiranya aku mulakan pergaduhan kecil...Hakikatnya aku rasa sangat bersalah, kenapa aku suka bagi ko merajuk..Aku maafkan segala yang salah darimu Imah..aku harap ko sempat maafkan aku...warggghhhhh

No comments:

Post a Comment